Apa sudah jadi?? Dua tiga hari ni panas dengan berita dari Harimau Malaya. Jom baca
Yang pastinya ini bukanlah cerita skuad kebangsaan Harimau Malaya.Ini adalah peristiwa seekor Harimau Malaya yang dilanggar tempoh hari di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Baca kisah seterusnya ....
Ketika panik masih menguasai diri dan bangkai harimau masih terbujur di depan mata, tidak ada sesiapa dapat menjangkakan ada orang cuba mengambil kesempatan cuba mencuri taring haiwan malang berkenaan.Itu 'drama' yang disaksikan sendiri Mohd Syahrin Abdul Aziz ketika jantungnya masih berdegup kencang selepas kenderaan Hyundai Starex dipandunya merempuh seekor harimau betina di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Jumaat lalu.Insiden sepantas kilat itu dikatakan berlaku ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya berkenaan dan secara kebetulan dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Mohd Syahrin yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.Bersama Mohd Syahrin (gambar) dalam kenderaan itu adalah isteri dan tiga orang anaknya yang merancang untuk bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.Mohd Syahrin berkata sejurus selepas tragedi kira-kira jam 11.45 malam itu seorang lelaki tidak dikenali cuba mencuri taring harimau berkenaan."Pada awalnya lelaki berkenaan ingin mengangkut bangkai harimau itu bagaimanapun saya menghalangnya."Saya meminta dia membiarkan bangkai itu kerana mahu menangkap gambar terlebih dahulu untuk dijadikan bukti menebus insurans kereta," katanya kepadaMalaysiakini.Setelah ditegur, kata Mohd Syahrin, lelaki berusia 30-an itu berlalu dari situ tetapi kembali semula dari kereta yang diletakkan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dengan membawa peralatan besi untuk mengetuk mulut harimau itu dan mengeluarkan taringnya.Dia buat tak tahuKetika itu, katanya, dia masih panik kerana kejadian bagaikan berlaku sekelip mata dan di dalam kenderaan ada keluarganya."Lelaki itu tiba kira-kira lima minit kemudian.“Memang sudah ditegur tetapi dia tidak mengendahkan orang lain yang berada di situ."Saya lihat dia seakan-akan mengetuk mulut harimau itu tapi gigi harimau itu memang dah nak tercabut…“Ramai orang yang ambil gambar dia tapi dia buat tidak tahu saja,” katanya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi kepastian sama ada lelaki terbabit dapat mengeluarkan taring harimau berkenaan selepas kira-kira 10 minit mencuba.Mohd Syahrin, 43, berkata pada ketika itu beliau hanya sempat 'memandang' tindakan lelaki berkenaan kerana terpaksa berurusan dengan anggota peronda lebuh raya dan berulang alik ke kenderaan untuk mengambil dokumen penting sambil memeriksa keadaan keluarganya.Katanya lagi, oleh kerana orang ramai mula berhenti di bahu jalan, petugas LPT2 yang tiba sejurus selepas itu segera mengangkat bangkai harimau terbabit ke atas trak.Mohd Syahrin yang juga jurugambar bebas memberitahu keadaan lebuh raya ketika itu basah dan ada angin bertiup menyebabkan dia terpaksa memandu perlahan."Dalam keadaan jalan gelap, haiwan tersebut tiba-tiba melintas dan saya menyedarinya ketika jarak kereta dengan harimau itu hanya kira-kira lima meter."Saya cuma sempat menjerit: Harimau!" katanya.Mengetahui haiwan liar itu sedang hamil, Mohd Syahrin semakin sedih.“Saya tahu harimau jenis itu diancam kepupusan. Lebih menyedihkan apabila dia mati sedang bunting. Itu sangat-sangat menyedihkan.“Benda sudah nak jadi. Saya bawa perlahan sahaja, saya tidak sengaja… Ini sama juga macam orang lain langgar bintang lain, cuma saya langgar harimau, haiwan terancam,” katanya. - Malaysiakini