REKAAN YANG TELAH MENYELAMATKAN RIBUAN NYAWA KANAK²

Korang perasan tak kenapa ada lubang dekat hujung penutup pen ? 

Jom baca lagi 
Sebelum tahun 1991 semua penutup pen tidak mempunyai lubang seperti yang kita lihat sekarang ni dan pada tahun 1991 sebuah syarikat iaitu BIC Company telah menghasilkan penutup pen yang mempunyai lubang.

Walau bagaimanapun rekaan ini tidaklah dipandang seperti rekaan kereta yang boleh terbang. Suam² kuku jer tapi sebenarnya rekaan ini telah menyelamatkan ribuan nyawa kanak².

Bagaimana ?

Kanak² seperti kita tahu suka meletakkan apa sahaja dalam mulut terutamanya bayi 9 bulan - 3tahun. Jadi apabila kanak² tertelan penutup pen ini, mereka masih boleh bernyawa kerana oksigen masih mampu untuk masuk kedalam melalui lubang tersebut dan ibubapa mempunyai masa untuk membawa anak mereka ke hospital.

Rekaan yang ringkas tapi berguna.