Harga RM30k sahaja ......
Gombak: Idea penipuan digunakan cukup mudah. Hanya perlu mencari gambar pelbagai model kereta di Internet sebelum dimuat naik ke laman portal menjual kenderaan di Internet.
Suspek lelaki ‘putar alam’ berusia 32 tahun itu kemudian akan memberikan maklumat palsu berhubung kenderaan itu yang kononnya mahu dijual segera kepada orang ramai.
Sehingga kini lima mangsa dikesan terpedaya apabila bertindak membayar duit muka bagi membeli kenderaan yang tidak wujud itu.
Sumber polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, suspek dikesan turut membuat tawaran menjual kenderaan itu pada harga rendah hingga menjerat orang ramai.
Bagaimanapun kegiatan penipuan itu berjaya ditumpaskan selepas suspek ditahan polis di Selayang di sini, jam 3 petang kelmarin - Harian Mtero